KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin hari ini mendakwa ada wakil calon dari sebuah parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah cuba menyogok anggota polis bagi menutup isu ucapan seorang calon parti itu mempersenda insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Beliau juga mendakwa sogokan itu bagi meraih sokongan anggota polis terutama dengan pengundian awal hari ini dan anggota polis berkenaan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai cubaan sogokan itu.
“Saya sudah minta anggota kita buat laporan ada cubaan rasuah, semalam cuba nak bagi (rasuah) dan sudah ada laporan SPRM.
“Kalau calon ini langsung tidak fikir tanggungjawab pertahankan negara dan negeri ini, apa jenis manusia sebegini rupa…calon sebegini langsung tidak layak,” katanya pada sidang media hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid: Sudah-sudahlah label parti Malaya, parti Sabah, DAP-PKR tu bukan parti Malaya ke?
- Mohamaddin Ketapi hina tentera berperang dengan ayam, anjingl
- Kuda dicukur lambang Warisan keterlaluan, kejam
- Tentera terguris tolak dakwaan serang ayam, anjing dalam konflik Lahad Datu
- HINA TENTERA: Mohammadin Ketapi padam video selepas cabar rakyat Malaysia tengok video penuh
- MB Selangor beri RM10,000 kepada persatuan mahasiswa pulang mengundi
- PRN Sabah: Polis siasat Mohamaddin Ketapi
- KETIK UNTUK ARTIKEL BERKAITAN PRN SABAH
Join our Telegram Channel