Kuala Lumpur: Usahawan dan penyampai radio, Shuib memberi peluang kepada
penyanyi Mark Adam untuk bergelar usahawan dengan membuka cawangan baharu
minuman BubbleBee di Kompleks PKNS, Shah Alam, hari ini.
Menurut Shuib, dia sudah menganggap Mark sepertinya abangnya dan tidak salah
dia membantu penyanyi itu menjana pendapatan tambahan.
"Mark sudah saya anggap seperti keluarga. Kami selalu berjumpa dan berkongsi
macam-macam hal bersama.
"Dia adalah sahabat yang selalu ada ketika saya berdepan masalah. Tak salah
rasanya saya bantu insan yang selama ini ikhlas dan memberikan saya sokongan
serta nasihat untuk terus berjaya," katanya.
Menurut Shuib, dia berharap cawangan minuman air yang diusahakan Mark ini
terus berkembang maju dan sukses.
"Ketika saya mempelawa Mark untuk membuka cawangan baru Bubblebee di Shah
Alam, Mark agak kurang yakin kerana perniagaan ini memerlukan modal yang besar
selain perlu komited.
Join our Telegram Channel