Tendangan 'flying kick' penguatkuasa MBJB tumpaskan peragut mendapat pujian netizen



Seorang peragut berjaya ditumpaskan apabila menerima satu tendangan 'flying kick' dari seorang penguatkuasa Majlis Bandaran Johor Bahru (MBJB) yang kebetulan sedang bertugas di situ.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Info Roadblock JPJ/Polis hari ini, kejadian yang berlaku di Mount Austin, Johor Bahru itu menyaksikan seorang wanita yang cuba melintas jalan, tanpa diduga diragut oleh seorang lelaki bermotosikal.

Walaubagaimanapun, lelaki itu terjatuh selepas cubaan meragut beg tangan wanita tersebut.



Peragut itu cuba untuk melarikan diri, namun tindakan pantas penguatkuasa MBJB yang 'terbang' dan memberikan tendangan padu maut berjaya menjatuhkan peragut itu.

Orang ramai yang berada di situ juga bergegas untuk membantu menahan peragut itu daripada melarikan diri.

Beberapa orang di sekitar yang tidak dapat menahan marah dilihat memukul, menendang selain menggunakan rantai besi kepada peragut yang juga dilihat cuba untuk melepaskan diri.



Tindakan pantans penguatkuasa MBJB itu rata-rata mendapat pujian netizen. Apatah lagi selepas melihat rakaman tersebut terasa agak geram dan mencuit hati.

Mujurlah kerajaan sudah bertukar, jikalau tidak, mungkin penjenayah seperti ini akan dilepaskan.

Iyala, pengganas teroris seperti LTTE pun dilepaskan, apalah sangat jika sekadar peragut kan? – Cinca



Please subscribe





Hero flying kick peragut ada gerai burger.. jom support.. kasi viral sampai kedai dia pemes.


Join our Telegram Channel
Telegram