
Sebuah berita yang mengejutkan apabila pengasas FashionValet dan duCK Group,
Datin Vivy Yusof yang sering menjadi bualan netizen berikutan kontroversi
lalu telah memilih untuk menfailkan saman fitnah terhadap seorang netizen
berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat
COVID-19.
Menurut Berita Harian, saman fitnah yang difailkan Vivy Yusof terhadap Alia
Najwa Hassannudin selaku defendan tunggal telah dijalankan menerusi Tetuan
Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lalu.
Difahamkan kes yang ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Hakim Mahkamah
Tinggi Datin Rohani Ismail dan hasil semakan mahkamah serta pengurusan kes
selanjutnya telah ditetapkan pada 7 Oktober 2020.
Berdasarkan penyataan tuntutan melalui carian dalam e-filing, Vivy Yusof
selaku plaintif pada 28 Mac lalu telah menerbitkan rakaman video dalam akaun
Instagramnya berhubung perbualan antara empat usahawan berkenaan status
ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dakwanya, pada 30 Mac lalu, Alia Najwa Hassannudin telah menerbitkan
beberapa kenyataan membabitkan Vivy Yusof di akaun Facebook dan Instagram
miliknya beliau dengan menyatakan Vivy mempersoalkan tindakan kerajaan
membantu golongan B40 dan M40, sedangkan mereka tidak memberi sumbangan
kepada ekonomi.
Menurut Vivy, kenyataan yang diterbitkan oleh Alia Najwa Hassannudin
mempunyai niat jahat untuk orang ramai mencemuhnya telah tular di media
sosial serta dikongsi ramai.
Tambahnya lagi, fitnah yang dijalankan telah membuatkan tampilnya sebuah
petisyen di laman web pada 1 Mei 2020 bagi mendesak Vivy Yusof dilucutkan
jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM dimana petisyen tersebut telah
ditandatangani oleh lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.
Usahawan tersebut dilaporkan mengeluarkan surat tuntutan kepada Alia Najwa
untuk berhenti menerbitkan sebarang pernyataan fitnah lanjut terhadap beliau
pada sebarang laman sosial.
Alia Najwa walau bagaimanapun telah membalas surat tuntutan Vivy Yusof
melalui Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak Vivy Yusof sebelum
memilih untuk memadam akaun laman sosialnya.
Sehubungan dengan itu, Vivy Yusof telah memohon ganti rugi am, teruk dan
teladan serta perintah supaya Alia Najwa memadamkan penerbitan penyataan
fitnah selain tampil dengan permohonan maaf. – Vocket
ARTIKEL BERKAITAN: Hina B40, netizen lancar petisyen desak Vivy Yusof letak jawatan Ahli
Lembaga Pengarah UiTM
![]() |
Antara gambar grafik yang tersebar di media sosial. |



Join our Telegram Channel