BRASILIA, Brazil – Polis sedang menyiasat dakwaan seorang wanita yang memberitahu dia menggigit testikel bekas kekasihnya hingga putus kerana lelaki itu cuba merogolnya, lapor Mirror UK kelmarin.
Insiden berlaku di sebuah kediaman di bandar Miguel Alves, negeri Piaui, Brazil pada 5 September lalu.
Menurut laporan, wanita itu berada bersama seorang lelaki lain di atas katil di sebuah rumah dan bekas kekasihnya masuk ke bilik sama lalu menyerangnya.
“Dia (bekas teman lelaki) serang dan memukul saya. Lelaki yang ada bersama saya cuba menghalangnya, namun tidak berjaya,” dakwa wanita yang tidak didedahkan identitinya.
Wanita itu mendakwa bekas kekasih itu berada dalam keadaan bogel memanjat ke atasnya semasa menyerang.
“Semasa dia tarik rambut saya, (saya) turun ke bawah dan menggigit kemaluannya kerana di situlah kelemahan lelaki,” katanya.
Menurut laporan, mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Polis turut mengambil keterangan bekas kekasih itu dan beberapa saksi.
Bagaimanapun, tiada maklumat dikongsi sama ada doktor berjaya menyambung semula testis lelaki berkenaan.
Polis kini menunggu laporan perubatan lelaki itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya. – Agensi
Join our Telegram Channel