KOTA KINABALU: Pejabat Ketua Menteri menafikan mesej tular yang menyatakan Warisan akan memberi lima ekar tanah kepada setiap keluarga, jika parti itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Francis Au dalam satu kenyataan memaklumkan mesej tular tersebut adalah palsu dan tidak berasas.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Sebelum ini, Ketua Menteri hanya memberi jaminan akan meneruskan pemberian tanah kepada individu yang layak, sekiranya Parti Warisan Sabah (Warisan) kembali memerintah.
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel