
SEJAK Februari hingga semalam sebanyak 12 buah sekolah telah ditutup
disebabkan penularan Covid-19 dan 2,145 pelajar telah dijangkiti.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah daripada
jumlah itu 830 pelajar berumur dari 7 hingga 12 tahun manakala 1,315 pelajar
lagi berusia 13 hingga 18 tahun.
Katanya lebih separuh daripada kes tersebut berlaku dalam tempoh sebulan
selepas bermulanya gelombang ketiga dari 20 September hingga 21 Oktober iaitu
1,257 kes.
Daripada jumlah itu 587 kes melibatkan pelajar berusia 7 hingga 12 tahun dan
670 kes lagi melibatkan pelajar berusi 13 hingga 18 tahun.
“Kalau merebak dalam sekolah, jadi kita kena lihat pada SOP. SOP sekolah telah
dikeluarkan oleh KKM. Kita harap dapat diamalkan dan patuh di sekolah-sekolah.
“Kalau ada jangkitan dalam sekolah kita akan tutup sekolah itu untuk tempoh
seminggu untuk jalankan nyah cemar dan nyah kuman dan kita akan jalankan
pengesanan kontak rapat pelajar tersebut.
“Contohnya kita lihat Kluster Tawar, cikgu tu positif. Jangkit pada anak murid
jadi kita tutup sekolah dan kita kesan jadi kita buat saringan pada kelas
tersebut. Dan kita menjalankan nyah cemar dan nyah kuman,” kata Dr. Noor
Hisham
Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 12 sekolah yang ditutup akibat Covid-19
disebabkan oleh kluster dari luar sekolah.
Di Negeri Sembilan tiga sekolah ditutup melibatkan Kluster Cahaya, Kluster
Sofi dan KLuster Bah Manggis.
Di Johor tiga sekolah turut ditutup melibatkan Kuster Si Merah, Kluster
Runcing dan Kluster Rinting.
Kuala Lumpur tmenyaksikan dua sekolah ditutup melibatkan Kluster Jalan Pantai
dan Kluster Loh.
Join our Telegram Channel