Adun PKR, keluarga, positif Covid-19, tiada permohonan maaf



PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Shatiri Mansor bersama isteri dan 2 anaknya positif Covid-19.

Shatiri berkata demikian menerusi rakaman video dimuat naik di Facebooknya.

Katanya, beliau dan 7 lagi individu dari pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pulang dari Sabah dan menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 27 Oktober lalu.


“Kami diarah kuarantin di rumah sehingga 11 Oktober. Pada 30 Oktober isteri saya menerima panggilan daripada pejabat kesihatan telah disahkan Covid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

“Oleh kerana kontak rapat, saya telah dipanggil ke pusat daerah pada 2 Oktober dan membuat saringan semula.

“Hari ini, saya menerima panggilan doktor kesihatan Petaling bahawa saya positif Covid 19 dan 2 anak saya positif,” katanya.


Shatiri berkata, beliau dan 2 anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, 3 lagi daripada kumpulannya disahkan negatif dan kini menjalani kuarantin di rumah hingga 16 Oktober ini.

Beliau berkata, walaupun disahkan positif Covid-19, pusat khidmat DUN Kota Damansara beroperasi seperti biasa dan akan diuruskan oleh pekerjanya yang tidak ke Sabah. – FMT 


ARTIKEL BERKAITAN:


Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram