KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang
terbaik untuk menjadikan Parlimen tempat untuk melakukan kerjasama jujur,
perbincangan dan mentadbir bersama-sama dengan parti pembangkang, demi
kebaikan negara, kata Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.
Menurut beliau, kerajaan tidak seharusnya takut dengan Parlimen dan tidak
boleh lagi melayan pembangkang seperti musuh negara.
Bagaimanapun, bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu menegaskan, bagi
merealisasikan kerjasama itu, Muhyiddin harus 'mengorbankan' Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Chin Tong mendakwa, Hamzah telah melakukan pelbagai perkara yang mengundang
risiko kepada pentadbiran Muhyiddin.
“Cubaan untuk memohon pengisytiharan darurat juga didakwa, merupakan satu lagi
tindakan Hamzah, dengan Azmin Ali secara terbuka mempertahankannya. Saya telah
terdengar cadangan untuk menggantung Parlimen dua minggu sebelum permohonan
ini dibentangkan.
“Saya juga telah membaca kenyataan President MIC ,(Tan Sri) S Vigneswaran,
yang mungkin cuba membuat melihat sentimen masyarakat. Tetapi saya tergamam
apabila Muhyiddin benar-benar mengikuti cadangan itu, dan mempersembahkannya
kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata Chin Tong.
Namun begitu, Chin Tong berkata, keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak
permohonan itu menzahirkan kebijaksanaan Tuanku dan Raja-Raja Melayu dalam
menyelami kegelisahan rakyat.
Kata Chin Tong, bagi mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan dan
pembangkang, Muhyiddin perlu meminta Azmin dan Hamzah meletak jawatan dan
bertanggungjawab terhadap memberi nasihat salah berhubung pengisytiharan
darurat dan mewujudkan arena politik yang toksik.
“Dengan peletakan jawatan Hamzah dan Azmin dari Kabinet, kerjasama antara
parti komponen dan mesra Perikatan Nasional akan bertambah baik dan hubungan
yang lebih mesra antara kerajaan dan pembangkang dapat direalisasikan demi
menangani COVID-19,” tegas beliau lagi. – Astro Awani
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
- Zahid tidak hadir pertemuan dengan Muhyiddin
- Mesyuarat tergempar MP BN di PWTC
- Agong sedar muslihat Muhyiddin perlu berundur – Puad Zarkashi
- Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin
- MP BN bincang kedudukan Muhyiddin sebagai PM
- Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib
- TERKINI: Najib cadang BN beri sokongan pada Anwar – Sumber
- Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin
- Sokong Anwar: Najib jawab fitnah portal adik Latheefa Koya
- Kerajaan yang perlukan sokongan Najib boleh pergi jahanam – Tony Pua
Join our Telegram Channel