MESTI ramai yang teringin Ebit Lew menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan
Negeri malah menjadi Menteri Besar di tempat masing-masing.
Mana taknya dengar sahaja ada orang susah tak ada makanan dia sampai bagi
makaman. Dengar ada rakyat duduk dalam rumah macam reban ayam dia sampai
bersihkan dan sewakan rumah. Dengar sahaja banduan perlukan bantal, tilam,
kipas, makanan akibat Covid-19 di penjara, tak menyempat-menyempat dia hantar
bantuan ke penjara.
Terkini semalam, pendakwah bebas dengar ada yang meminta bantuan air. Tak
bertangguh-tangguh dia menghantar dua lori air untuk dianggihkan kepada
penduduk di pinggiran Batu Caves.
Dari 10 pukul malam tadi, kumpulannya keluar rumah untuk menguruskan agihan
air sehingga subuh kepada penduduk yang memerlukan.
Paling sayu menurut beliau, bukan sahaja kanak-kanak datang untuk mengambil
air yang dihantar tetapi orang tua juga keluar untuk untuk menadah air.
“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral
untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana.
“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya.
Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ahli jawatankuasa (ajak)
semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah,” kata Ebit.
Beliau turut berdoa agar semua negeri yang ada masalah air dipermudahkanlah.
Kata Ebit, ramai sangat yang meminta tolong kepadanya. Ini termasuk pusat
dialisis dan klinik pun memerlukan.
Bila baca dan lihat apa yang Ebit lakukan untuk rakyat, rasanya dia lebih
layak jadi pemimpin negeri dan negara berbanding beberapa kerat ahli politik
yang asyik berebut kuasa.
Di tengah-tengah rakyat bimbang dengan penularan Covid-19 ada pula yang sibuk
menghantar usul sana, usul sini semata-mata mahu puak masing-masing menjadi
perdana menteri.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Selangor takde air lagi, lebih 1,200 kawasan terjejas
- Isu air tidak selesai, rakyat mintak MB letak jawatan
- Isu Air: Nasihat Sultan kepada MB tak beri kesan, masalah masih berlaku
- Najib sindir cara 'unik' MB Selangor selesaikan masalah air, hidu botol, amik gambar, up fb, tu je?
- ARTIKEL BERKAITAN ISU AIR SELANGOR KETIK DI SINI





















Join our Telegram Channel