Ini sebabnya mengapa VC minta Ebit Lew patuh prosedur



Saya terpaksa menulis:

Tuan,

Kebelakangan ini banyak 'University bashing' di keluarkan dengan gelaran gelaran buruk diberi kepada Pentadbiran Tertinggi Universiti.

Antaranya ialah kegiatan sukarelawan membantu Universiti secara terus tak melalui pentadbiran Universiti.

Apabila pentadbiran Universiti mendapat maklumat, pentadbiran inginkan supaya prosedur dipatuhi. Akibatnya pentadbiran Universiti dianggap tidak mengalu-alukan niat baik orang yang hendak membantu.


Biasanya Universiti mempunyai prosedur bagi melancarkan bantuan dilakukan secara berkumpulan dan atas nama Universiti bekerjasama.

Mengapa demikian?

Sebabnya ialah apa apa saja aktiviti berkumpulan atas nama Universiti, maka Universiti ada tanggungjawab undang-undang yang dinamakan 'procedural due care'.

Jika Universiti tiada procedural due care, Universiti terdedah kepada tututan undang undang 'tort' misalnya sekiranya berlaku kemalangan atau kerana aktiviti itu sesuatu keburukan terjadi. 

'Procedural due care' itu memandai jika disediakan secara yang munasabah sahaja atau 'reasonable' - reasonable ducare'.


Banyak kes-kes perundangan yang boleh dirujuk bagi Pelajar (vs) melawan Universiti yang telah direkodkan terutamanya di USA.

Jika Universiti kalah maka Universiti kena 'remedy' dengan membayar ganti rugi yang dituntut.

Jika nama Universiti digunakan secara berkelompok yang diiktiraf oleh Universiti, paling kurang Universiti boleh mengeluarkan 'statement of disclaimer'. Namun, disclaimer bukan suatu cara 'bullet proof' menghindar Universiti ke mahkamah.

Penyertaan Universiti dalam aktiviti yang namanya dilibatkan, walau dibiayai oleh orang lain, jika direstu oleh pentadbiran tetap meletakkan Universiti mempunyai tanggungjawab 'host liability'.

Naib Canselor sebagai kapten kapal pula mempunyai 'vicarious lliability'.


Demikianlah tanggungjawab Universiti terhadap aktiviti pihak luar yang melibatkan Universiti dari segi perundangan.

Mungkin ramai yang tidak tahu dalam undang-undang, kalau ada orang nak tumpang kereta kita dan kereta kita kemalangan, penumpang itu cedera, orang itu boleh membuat tututan tort di bawah host liability, walau pun niat kita baik nak bagi tumpang.

Mentadbir Universiti bukan suka-suka seperti aktiviti di pasar ikan. Orang ramai boleh hentam, boleh 'bash' Universiti tapi orang Universiti ada tanggungjawab prosedural.

Tak mengapalah kalau kerana tulisan ini saya kena hentam sebab macam membela kawan-kawan di Universiti lain. Itu tak apa. Kena hentam sebagai ketua tak apa. Mesti biasakan dan tahan. 

Kalau tak berani kena lambung ombak jangan jadi nelayan.

Yang benar,
Pak Din 😘😘😘😘
Naib Canselor
Universiti Sultan Azlan Shah



Join our Telegram Channel
Telegram