Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib



KUALA LUMPUR- Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mula dilihat meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 3.50 petang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin merupakan Ahli Parlimen pertama yang keluar diikuti Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.


Bekas Perdana Menteri yang juga ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai pandangan diambil kira semasa mesyuarat petang tadi.

“Macam-macam pandangan, tapi yang penting keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi. – Kosmo 



Please subscribe

ARTIKEL BERKAITAN:
  

Join our Telegram Channel
Telegram