KUALA LUMPUR : Selepas hampir 15 hari menyembunyikan diri, Ketua sindiket
Macau Scam dan perjudian dalam talian, Goh Leong Yeong, 32, atau Alvin yang
menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya diberkas awal pagi ini.
Suspek ditahan bersama-sama seorang wanita di sebuah hotel di luar Lembah
Klang hasil risikan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid
Bador mengesahkan mengenai penahanan Alvin.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir
Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, Alvin ditahan kira-kira
pukul 1 pagi ini.
Ujarnya, setakat ini, status wanita yang ditahan bersama suspek masih dalam
siasatan. Alvin ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya
di sini hari ini.
Laporan Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan Alvin dipercayai kembali
bersembunyi di ibu negara selepas melarikan diri ke utara tanah air.
Difahamkan, Alvin terus ke sebuah negeri di utara sebaik sahaja melarikan diri
dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Shuib Sepahtu dipanggil SPRM
- Scammer Macau Scam akhirnya kantoi selepas pamer kemewahan di media sosial
- Puluhan kereta mewah Macau Scam dirampas, dikaitkan dengan Shuib Sepahtu
- Macau Scam: Mustahil selebriti, ahli perniagaan terlibat tidak tahu – SRPM
- Netizen seru boikot francais Shuib Sepahtu terlibat Macau Scam
- Netizen mula persoal jam tangan Shuib harga ratusan ribu, gaya hidup mewah
- Bubblebee tutup empat cawangan serta merta
- Macau Scam: ‘Datuk Seri’ panjat pagar SPRM cabut lari dari polis
- Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal
- Polis buru ‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM
- Macau Scam: Artis lelaki, wanita ada lebih 1 juta follower akan dipanggil SPRM
- Macau Scam: 10 lagi artis, selebriti akan dipanggil SPRM
Join our Telegram Channel