London: Persaraan mengejut Khabib Nurmagomedov adalah keputusan yang agak
beremosi, dedah jurulatihnya sambil menyatakan hanya masa akan menentukan
bilakah dia akan kembali beraksi.
Raja lightweight itu memegang rekod 29-0 pada UFC 254 selepas menumbangkan
Justin Gaethje di pusingan kedua, Ahad lalu.
Bagaimanapun selepas tamat pertarungan itu, Khabib yang beraksi kali pertama
sejak kehilangan bapanya, mengumumkan mahu bersara.
Pendedahan itu turut mengejutkan jurulatihnya, Javier Mendez yang tidak
mengetahui keputusan petarung berusia 32 tahun itu.
Bagaimanapun Mendez sedar Khabib sedang beremosi selepas kemenangan itu sekali
gus enggan memikirkan mengenai kariernya.
"Melihat kepada emosinya, dia menangis dan seperti tidak tentu arah.
"Dia tidak bercakap apa-apa kepada saya, jadi saya juga seperti orang lain
terkejut dengan pengumumannya itu.
"Saya terus menemuinya dan beritahu yang saya sayangkannya, menangislah
sepuasnya.
"Saya tahu apa yang dia katakan tetapi dia begitu emosi, jadi hanya masa yang
akan menentukan sama ada dia benar benar bersara atau sebaliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Khabib bersara MMA kerana janji ibu, rekod 29 menang tanpa kalah
Join our Telegram Channel