KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas sebarang
komen sebaik sahaja meninggalkan Istana Negara kira-kira pukul 11.30 pagi
tadi.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan bagaimanapun dikatakan akan membuat
pengumuman penting dalam sidang akhbar khas pukul 2 petang nanti.
Pada 23 September lalu, Anwar dalam satu sidang akhbar mendakwa mendapat
sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada kalangan ahli Parlimen untuk
mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Please subscribe