Negeri Sembilan larang ajaran Universiti Antarabangsa Asmaul Husna



Calon Pas Dun Inderapura dalam PRU yang lepas didapati membawa ajaran yang mengelirukan dan boleh membawa kepada kesesatan.

Menurut surat yang tular di media sosial, Mufti Negeri Sembilan memaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan telah bersetuju memutuskan melarang Ajaran Asmaul Husna Dr Wan Maseri bt Wan Mohd daripada disebarkan kepada masyarakat.


Menurut keputusan itu lagi, ajaran ini didapati meragukan dan menyalahi kaedah penyampaian ilmu dan ajaran ahli sunnah Wa al-Jamaah serta boleh membawa kepada kesesatan.

Menurut keputusan Majlis Fatwa Negeri Sembilan itu lagi, kaedah pembelajaran “Universiti Antarabangsa Asmaul Husna’ adalah dilarang untuk diajar dan disebarkan kepada masyarakat Negeri Sembilan.

Sebelum ini Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang juga telah mengeluarkan fatwa melarang ajaran itu untuk disebarkan di Pulau Pinang.


Dr Wan Maseri bt Wan Mohd adalah salah seorang calon Pas di Pahang bertanding untuk kerusi DUN N 16 Inderapura.

Beliau merupakan pengerusi kepada Univeriti Antarabangsa Asmaul Husna sebagaimana tertera di dalam profil bekas calon tersebut.

Tiada respon balas setakat ini diterima daripada Dr Wan Maseri berhubung surat Majlis Fatwa Negeri Sembilan yang mula tular sejak semalam. – Gemilang / Cinca








>




Join our Telegram Channel
Telegram