‘New deal’ atau syarat baru yang diusulkan UMNO kepada Bersatu akan
memperkuatkan Kerajaan Perikatan Nasional.
Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau telah
membayangkan situasi itu sebaik Biro Politik UMNO membuat keputusan tersebut
dalam satu mesyuarat yang dilakukan minggu lepas.
Malah Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan yakin hubungan UMNO dan
Bersatu akan menjadi ibarat biduk berlalu kiambang bertaut.
“Saya telah membayangkan sebelum ini,hasrat biro politik UMNO merundingkan new
deal dengan Bersatu mungkin menguatkan lagi kerajaan PN.
“Saya berkeyakinan kerajaan PN mampu untuk terus membela rakyat dengan cara
yang jauh lebih baik dari PH. Insya-Allah, biduk lalu kiambang bertaut,” kata
Annuar.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini berkata, syarat
baharu bagi meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional
(PN) dilakukan bagi tujuan penambahbaikan hubungan dan persefahaman politik
dalam gabungan berkenaan.
Syarat itu, menurut Ahmad hanya bagi menjelaskan pendirian UMNO dan bukannya
bersifat ugutan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno pertimbang tarik diri dari sokong PN
- Masa Umno nyawa ikan dulu tak pulak letak syarat – Pas
- PAS tuntut penjelasan Umno timbang tarik diri daripada PN
- Najib sokong Umno timbang tarik diri dari sokong PN, ini sebabnya..
- Tak salah Umno, PPBM, PAS kembali berbincang, kata Annuar
- DAP terkejut PH ajak UMNO bekerjasama
- Pendakwaan selektif, agihan jawatan tanpa berunding antara punca Umno marah – Nazri
- Annuar dilihat hadir ke rumah Muhyiddin
- Akar umbi PPBM khuatir kerajaan PN runtuh, gesa akur tuntutan Umno
- Pertemuan 6 mata pemimpin PN gagal, saling tuduh khianati kerjasama
- Azmin, Hamzah gila kuasa – Puad Zarkashi
- Akhirnya Khalid akui UMNO ‘king maker’, Muhyiddin, Azmin pengkhianat
- Zahid umum gencatan senjata, sokong kerajaan PN
Join our Telegram Channel