Orang selangor bengang bulan pun ada air



KUALA LUMPUR – Seorang saintis molekular Amerika Syarikat (AS), Raven Baxter tidak menyangka ciapannya mengenai penemuan air di bulan oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendapat respons daripada rakyat Malaysia.

Ciapan yang dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, @ravenscimaven itu mendapat jumlah ‘retweet’ yang banyak daripada Selangor.


Rata-rata netizen Malaysia mengaitkan penemuan air di bulan dengan gangguan bekalan air di Selangor sehingga mendapat perhatian wanita itu.

“Kita meraikan air dijumpai di bulan, tetapi sebahagian besar ‘retweet’ ini berasal dari orang-orang di Selangor (Malaysia) yang mengalami gangguan bekalan air utama kerana pencemaran sumber air mentah. Kita tidak memenuhi keperluan air asas di bumi,” katanya dalam satu ciapan lain.

Beliau kemudian menyatakan Selangor bukan satu-satunya negeri yang mengalami kesukaran itu.


“Kita telah mendengar banyak kisah mengenai penduduk tanpa air. Air penting untuk kehidupan di bumi. Kita mesti pastikan akses (kepada air) dijamin untuk setiap manusia,” katanya.

Menerusi ciapan balas daripada netizen negara ini, Baxter berkata dia dapat belajar mengenai banyak perkara.

“Saya sangat gembira sehingga saya putuskan untuk memberi lebih perhatian terhadap apa yang terjadi di rantau lain yang tidak pernah saya pergi atau dengar,” ujarnya dalam satu ciapan lain. – Kosmo
Join our Telegram Channel
Telegram