Dewan Rakyat maklum kekosongan Batu Sapi pada SPR, PRK dalam tempoh 60 hari



PETALING JAYA: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kekosongan Parlimen Batu Sapi, ekoran kematian penyandangnya, Liew Vui Keong dari Warisan, pada 2 Okt.

“SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Kawasan P185 Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam kenyataan.


Liew menawan Batu Sapi pada pilihan raya umum 2018 dalam pertandingan 4 penjuru, dengan majoriti 4,619 undi untuk menewaskan pencabar dari BN, Amanah, dan PAS.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meninggal dunia di usia 60 tahun, ketika sedang dirawat di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu. – FMT


 

Join our Telegram Channel
Telegram