Remaja kurang ajar buli warga emas



Merakam perbuatan jahat yang dilakukan diri sendiri mungkin bukanlah perkara yang paling bijak untuk dilakukan terutamanya di 2020 dengan segala teknologi kini hanya berada di hujung jari.

Seperti yang dilakukan sekumpulan pemuda ini yang merakam perbutaan mereka mengacau dan mengganggu seorang wanita tua dalam kejadian yang difahamkan berlaku di Kg Banggol Pauh, Chap, Bachok, Kelantan.


Dalam video pendek berdurasi 30 saat yang tular di media sosial itu, sekumpulan pemuda itu dilihat mengganggu wanita terbabit dengan cubaan untuk menakut-nakutkan beliau.

Antara aksi yang berjaya dirakam dalam video tersebut adalah ugutan untuk melakukan tendangan ala kick boxing dan melastik wanita berkenaan sebelum beliau melarikan diri.

Bukan sahaja diacukan sepakan dan lastik, malah wanita itu turut kedengaran memberitahu beliau telah dibidas menggunakan lastik oleh salah seorang pemuda terbabit yang berada di bahagian sebelah kiri video.


“Tadi dah bidas aku, apa lah perangai manusia ini,” lontar wanita tersebut sebelum melarikan diri dalam ketakutan.

Dan seperti perbuatan-perbuatan kejam lain yang dirakam dan dikongsikan di media sosial, ia terus menjadi tular dan menerima kecaman daripada netizen.

Bukan sahaja mempersoalkan kelakuan pemuda-pemuda terbabit malah netizen juga pada sama turut meminta agar mereka yang terlibat dalam video berkenaan dikenakan tindakan undang-undang. – Vocket / Cinca



Please subscribe
 
Join our Telegram Channel
Telegram