SURABAYA - Senaskah al-Quran ditemui masih dalam keadaan baik di sebuah rumah
yang terbakar di Surabaya, Indonesia hingga menyebabkan lokasi itu menjadi
tumpuan ramai.
Menurut ahli keluarga terdekat mereka, penduduk setempat di Jalan Dapuan Tegal
IX terkejut apabila mereka melihat al-Quran terbabit tidak hangus dijilat api
dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad lalu.
"Ramai orang datang ke sini untuk mengambil gambar al-Quran tersebut. Buku
Yasin juga tidak terjejas dalam kejadian itu," kata Agung.
Jelasnya, penduduk luar juga sanggup datang dari jauh semata-mata untuk
menyaksikan sendiri keajaiban itu.
"Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri al-Quran tersebut
selepas ia menjadi tular di media sosial," ujarnya lagi.
Join our Telegram Channel