Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menafikan beliau membuat
kenyataan bahawa rakyat sudah alpa sebagai punca peningkatan kes Covid-19
seperti mana sebaran ‘screenshot” laporan sebuah portal berita petang tadi.
Menurut Dr Adham, apa yang beliau nyatakan ialah “kita jangan alpa dengan
ancaman Covid-19 dan perlu terus berjaga-jaga. Kita jangan alpa dalam
mengamalkan norma baharu bagi mengekang penularan wabak Covid- 19.
Bagaimanapun tinjuan kami di portal Harian Metro tmendapati tajuk semasa ialah
“Rakyat Jangan Alpa.”
Sementara itu ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sesi Town Hall
Pembudayaan Norma Baharu Dldalam komuniti bagi mencegah penularan Covid-19 di
Desaru, di sini, hari ini, Dr Adham mengingatkan orang ramai agar terus
mematuhi SOP yang ditetapkan.
Katanya, ketika PKP masyarakat peka dan mendengar nasihat penjagaan diri,
mencuci tangan, mengamalkan penjarakan fizikal sosial, mengelak 3S, iaitu
kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang
dekat.
Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kita lihat amalan
ini nampaknya belum menjadi budaya. Ada yang bersesak-sesak ketika membeli
belah dan menggunakan lif selain tidak memakai pelitup muka.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, amalan norma baharu seharusnya menjadi
budaya masyarakat sepanjang masa, bukannya hanya ketika berlaku peningkatan
kes aktif wabak berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Adham lapor polis fitnah main golf ketika Covid-19 meningkat
Join our Telegram Channel