KUALA LUMPUR – Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang
membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan.
Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim penubuhan NGO yang berselindung
atas nama Islam itu hanya bertujuan untuk menimbulkan kekacauan di negara ini.
“Sebilangan NGO Muslim yang ditubuhkan hanya untuk menimbulkan kekacauan atas
sebab politik.
“Mereka (ditubuhkan) bukan untuk mempertahankan Islam tetapi menggunakan Islam
untuk permainan politik mereka,” katanya melalui satu muatnaik di laman
Facebook pada Jumaat.
Dia yang lebih di kenali dengan panggilan Siti Kasim berkata, masyarakat
seharusnya menolak mana-mana parti politik yang mengunakan Islam untuk tujuan
tertentu.
“Inilah sebab mengapa kita mesti menolak mana-mana parti politik yang
menggunakan agama sebagai alat mereka.
“Agama dan politik tidak boleh dibenarkan di Malaysia sekiranya mahu
menyelamatkan negara dari golongan Munafik ini.
Siti Kasim berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Mufti Pulau Pinang,
Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung larangan penggunaan pembesar
suara luar di masjid dan surau di negeri ini kecuali untuk laungan azan dan
iqamah.
Mengulas mengenai penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau di negeri
ini, Wan Salim berkata, ia mungkin mengganggu penduduk yang tinggal berdekatan
dengan masjid dan surau terbabit.
Menurutnya, sebagai manusia, mereka berhak menikmati kehidupan yang tenang dan
tenteram tanpa diganggu dengan kebingitan bunyi dari pembesar suara atau apa
jua faktor gangguan.
Malah, katanya, sudah tentu dalam kalangan penduduk itu ada yang sakit, orang
tua yang uzur, anak kecil, pekerja yang ingin berehat atau tidur setelah penat
bekerja dan pelajar yang mengulang kaji pelajaran.
Terdahulu Gabungan NGO Islam Pulau Pinang menghantar memorandum bantahan
terhadap larangan tersebut kepada Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua
Negeri, Mohd Abdul Rahman Ismail di Seri Mutiara.
Join our Telegram Channel