KECOH di laman sosial apabila pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand kini
mengambil keputusan untuk tidak mengenakan hijab
lagi.
Keputusan Sarah ini turut disokong sepenuhnya oleh suaminya, Otto Gillen.
“I love @sarahhildebrand so much. And I fully support all of her personal
decisions.
“That is my one and ONLY response. Don’t message me,” tulis Otto pada
Instagram (IG) stories miliknya.
Manakala Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf
Hildebrand juga memuat naik status yang mempersoalkan, mengapa orang yang
dianggap paling beragama selalunya menjadi orang yang paling pembenci dan
tidak bertimbang rasa.
“Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and
intolerant?” tulis Sarah.
PERSOALAN yang dimuatnaik Sarah dalam IG Stories miliknya
Kemudian menerusi IG Stories, Sarah turut memuatnaik tiga video pendek
berkenaan soalan yang diajukan.
Sarah juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya.
GAMBAR kenangan sebelum Sarah mengambil keputusan untuk membuka tudung. Doakan
yang baik-baik buat Sarah ya
Join our Telegram Channel