Setiap kali dUCk tampil dengan koleksi terbaru, pasti ia akan mendapat
perhatian umum. Mana tidaknya, ramai yang mendakwa rekaan koleksi dUCk sering
plagiat idea jenama tempatan.
Lantaran itu, jenama dUCk milik Vivy Yusof sekali mencipta kontroversi apabila
memuatnaik gambar produk baharu mereka iaitu pin magnet.
Menerusi tinjauan komen mendapati, ramai mengatakan bahawa rekaan pin magnet
ini telah meniru rekaan jenama besar, Bokitta.
Malah, Bokitta dalam satu kenyataan di Facebook mengucapkan tahniah kepada
Pengarah Reka Bentuk dan co-founder Hala Absi yang berasal daripada Lubnan
kerana berjaya menjadi ‘inspirasi’ kepada jenama lain.
Difahamkan, Hala Absi telah bertungkus lumus untuk menghasilkan variasi idea
produk aksesori keluaran Bokitta termasuk BOKITTA MAGNETIC SHAPERS™ yang
dikeluarkan pada tahun 2019.
Berikutan itu, para peminat jenama Bokitta mengatakan bahawa aksesori hijab
tersebut telah dikeluarkan oleh Bokitta pada tahun lalu.
Melihat pada rekaan, para netizen juga berpendapat rekaan yang ditonjolkan
sama dengan rekaan aksesori hijab Bokitta.
Our beautiful one and only Director of Design, Hala Absi. Hala Absi juga merupakan Co-founder Bokitta yang berasal dari...
Posted by BokittaLover.com on Monday, October 19, 2020
Join our Telegram Channel