6 lelaki pemegang kad UNHCR rogol remaja tingkatan 3



ENAM pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan kerana merogol remaja berusia 15 tahun di sekitar Ampang, Selangor.

Kesemua suspek yang ditahan semalam berusia 16 hingga 25 tahun bekerja sebagai buruh kasar dan dua daripada mereka positif dadah jenis Opiat dan THC.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, remaja perempuan itu dilihat mundar mandir di sekitar kawasan Pndan Indah pada kelmarin oleh seorang pegawai kanan polis di Bukit Aman.


“Pengadu bertindak menghampiri budak perempuan berkenaan dan melakukan pemeriksaan sebelum membawanya ke balai polis bagi tindakan lanjut kerana disyaki telah dirogol oleh beberapa orang lelaki warganegara asing.

“Mangsa merupakan kanak-kanak warga tempatan yang tidak bersekolah dan pernah mendapat perlindungan Rumah Nur Kasih tetapi telah melarikan diri sejak awal tahun 2019.

“Ibu bapa mangsa juga dilaporkan telah bercerai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan siasatan awal mendapati mangsa telah dirogol lebih dari sekali di sekitar Ampang.


Jelasnya, kesemua suspek kini telah ditahan reman bermula semalam sehingga 15 November depan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Tambahnya, orang awam dinasihatkan sentiasa memantau keadaan anak-anak dan aktiviti yang yang dilakukan supaya mencegah dari masalah sosial dan jenayah berlaku dalam kalangan masyarakat. – SM



Join our Telegram Channel
Telegram