
SEORANG blogger Sang Kelembai mendakwa demi mengekalkan kuasa Tan Sri
Muhyiddin Yasin mengumumkan kepada Ahli Mesyuarat Ketua Parti Dalam Kerajaan
Campuran PN dan BN memberikan peruntukan kepada 91 Ahli Parlimen DAP, PKR dan
PAN sebanyak RM3 juta yang melibatkan peruntukan hampir RM300 juta.
Beliau memetik sumber yang hadir pada mesyuarat itu menyatakan sebagai timbal
balas atau membalas budi persetujuan Ketua Ahli-ahli Parlimen tidak menyokong
usul tidak percaya.
Bagaimanapun sumber lain memberitahu peruntukkan itu disalurkan kepada ahli
parlimen pembangkang untuk tempoh dua tahun sebagai balasan mereka tidak
berterusan mengganggu pentadbiran negara sehingga pilihan raya diadakan.
Langkah itu juga diambil bagi memastikan usul tidak percaya kepada pentadbiran
beliau pada persidangan parlimen kali ini tidak mendapat sokongan.
Setakat ini dilaporkan terdapat 22 usul tidak percaya kepada kerajaan
Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin.
Selain itu kerajaan juga perlu memperolehi sokongan yang cukup bagi meluluskan
belanjawan yang akan dibentang beliau pada hari jumaat ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bagaimana bentuk peruntukan itu mahu
disalurkan kepada ahli parlimen pembangkang, sama ada dalam bentuk pembangunan
atau tunai.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan Lokman Adam
Please subscribe

Join our Telegram Channel