Biden Presiden AS ke-46



WASHINGTON: Calon Demokrat, Joe Biden mengetepikan Donald Trump untuk bergelar Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46, sekali gus mencipta sejarah memimpin negara ketika pandemik Covid-19 masih mengganas selain dicengkam pergolakan ekonomi dan sosial.

AP melaporkan, kemenangannya muncul selepas lebih dari tiga hari ketidakpastian dan Biden melepasi angka 270 undi Dewan Pemilih (Electoral College) melalui pengukuhan undian di Pennsylvania.

Bagaimanapun Trump dilaporkan enggan mengaku kalah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai prngiraan undi.


Biden, 77, mempertaruhkan pencalonannya dengan pengundi beranggapan Trump mengancam sistem demokrasi Amerika.

Strategi Biden terbukti berkesan dan menghasilkan kemenangan penting di Michigan dan Wisconsin serta Pennsylvania.

Biden dalam kenyataannya berkata, beliau berasa rendah diri dengan kemenangan itu dan sudah tiba masanya AS mengetepikan perbezaan politik.

“Sudah tiba masanya Amerika bersatu dan untuk pulih.


“Dengan kempen yang sudah berakhir, letakkan kemarahan dan retorik di belakang, bersatulah sebagai sebuah negara,” katanya.

Dengan kemenangan itu, gandingannya, Kamala Harris melakar sejarah sebagai wanita kulit hitam pertama menjadi Naib Presiden AS.

Senator California itu yang juga individu pertama keturunan Asia Selatan terpilih untuk jawatan tersebut. – Utusan





Join our Telegram Channel
Telegram