
PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa
dipanggil ke Bukit Aman petang ini untuk diambil keterangan.
Naib presiden Amanah itu dilaporkan akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan
Jenayah Terkelas (D5) pada pukul 5.30 petang
“D5 akan mengambil keterangan Mujahid petang ini, isu apa belum dapat
dipastikan,” kata pegawai pemimpin itu.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan
Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid turut mengesahkan perkara
itu.
“Ye, betul (akan dipanggil ke Bukit Aman),” katanya kepada FMT.
Ketika ditanya, Mior berkata, siasatan adalah berhubung isu lama yang berlaku
Mac 2020 melibatkan pemimpin itu selepas laporan baru diterima pihaknya.
“Siasatan melibatkan isu lama pada bulan Mac 2020, ada laporan baru dibuat
terhadap beliau,” katanya.
Ketika dihubungi Mujahid berkata, beliau tidak mengetahui siasatan apakah yang
dikenakan ke atas dirinya.
Join our Telegram Channel