Semalam mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah menerima kunjungan
Presiden ‘Parti Muda’ Syed Saddiq dan rakan – rakannya dirumah beliau di
Langgak Duta.
Walaupun beliau sering menjadi bahan kritikan dan hinaan oleh Syed Saddiq
namun atas kematangan politik yang ada pada DSN beliau tetap menerima baik
tetamu yang datang. Dalam pertemuaan tersebut mereka bertukar tukar pandangan
– dan idea mengenai politik dan ekonomi negara.
Antara isu yang menjadi teras perbincangan adalah mengenai Belanjawan 2021
yang akan diundi di Dewan Rakyat hari ini.
Selesai daripada pertermuaan tersebut, DSN telah memuat naik satu foto bersama
Syed Saddiq dihadapan rumah beliau dilaman Instagram beliau
Foto berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji kematangan
politik DSN. Apa yang mengejutkan foto berkenaan juga telah mendapat perhatian
dan dikomen oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris ibni Sultan
Ibrahim.
Dalam komen tersebut TMJ memanggil Presiden Parti Muda tersebut sebagai ‘Cucu
Ular, Opportunist & Muka Tak Boleh Percaya’.
Umum mengetahui bahawa hubungan diantara kedua tokoh ini agak tegang dan
kritikal antara satu sama lain berhubung beberapa isu politik dan isu yang
melibatkan pentadbiran negara.
Sehingga berita ini ditulis positng berkenaan telah mendapat 39 ribu like oleh
pengguna instagram.
ARTIKEL BERKAITAN: Dihina, difitnah, Najib tetap layan Saddiq sebagai tetamu
Join our Telegram Channel