TINGGAL saya seorang. Saya sedih.
"Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian."
Itu luahan rasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di blog rasminya
chedet.cc hari ini.
Dalam posting terkini itu, beliau meluahkan rasa kesunyian selepas
rakan-rakannya meninggal dunia.
"Khalid Julong meninggal pada 18 November 2020.
"Dengan pemergiannya maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.
"Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan
lain-lain sudah tidak ada," tulisnya lagi.
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat perang
dunia.
"Kami berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat sahaja
perang Dunia Kedua.
"Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran
akan bangsanya," tulisnya.
Menurutnya, British merancang merampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan
tanah jajahan.
"Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu
mereka," tulisnya lagi.
Join our Telegram Channel