Erra Fazira datang nikah di pejabat agama, Menteri Agama ucap tahniah



PUTRAJAYA – “Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut.

Itu tanggapan pertama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri selepas dimaklumkan nama pengantin perempuan yang akan dinikahkan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pagi tadi adalah Erra Fazira.


“Ingatkan pelakon filem Sembilu tu. Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi.

“Ia (majlis akad nikah) berlangsung di pejabat Jawi dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Jawi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pagi ini.


Katanya, moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Pagi ini, Zulkifli ditemani Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Ajib Ismail menyaksikan akad nikah pasangan pangantin, Faiz Rezza Romli dan Erra Fazira Rahim. – Kosmo

 

Join our Telegram Channel
Telegram