PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar melihat
tuntutan rakyat supaya pengeluaran akaun 1 diperluaskan sebagai beban yang
akan menjejaskan pelaburannya, kata bekas perdana menteri Najib Razak.
“Saya tak setuju pandangan CEO KWSP (Tunku Alizakri Alias), kalau kita
benarkan pengeluaran RM10,000 dari akaun 1 secara pukal, peluang pelaburan
KWSP akan terjejas.
“Ini keadaan darurat, keadaan kritikal. Ini soal hidup rakyat bukan lagi
perihal pelaburan,” katanya dalam program Sinar Live bertajuk “Apa Kisah
Belanjawan 2021” malam ini.
Beliau yang juga bekas menteri kewangan berkata, tuntutan diperjuangkannya
sejak awal sebelum pembentangan Belanjawan 2021 itu tidak akan menjejaskan
kelangsungan operasi KWSP dan yakin Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul
Aziz memahami keperitan hidup rakyat ketika ini.
“Saya tak puas hati tapi saya nak beri masa lagi kepada kerajaan dan menteri
kewangan untuk lihat perkara ini. Saya rasa menteri kewangan faham tuntutan
rakyat tapi pengurusan KWSP ini agak masih mempertahankan kedudukannya.
“Ini tuntutan rakyat. Kalau saya menteri kewangan, saya bagi kata dua.
Keluarkan arahan, kalau tak buat dia (Tunku Alizakri) kena berhenti (letak
jawatan),” katanya.
Katanya, dalam kes darurat seperti ini Bank Negara Malaysia boleh membantu
KWSP dengan membeli bon milik KWSP, yang mana ia boleh disimpan atau dijual
semula kepada pihak ke-3.
“Saya sarankan, bukanlah boleh mendatangkan kemudaratan kepada KWSP. Benda
boleh dilakukan melalui ulasan saya sebelum ini. Ibarat orang lemas dia nak
guna pelampung. Pelampung tu pula dia punya, bukan orang lain punya,”
katanya.
Najib berkata, dengan membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada akaun 1
akan berlaku suntikan kewangan dalam sistem ekonomi negara.
“Permintaan domestik akan bertambah dan ekonomi berputar lebih rancak. Ini
bukan satu tuntutan populis tetapi soal kelangsungan rakyat,” katanya.
KWSP sebelum ini mengumumkan kemudahan akses simpanan persaraan akaun 1,
i-Sinar yang memberi manfaat kepada 2 juta ahlinya yang kehilangan
pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan.
Syarat ketat menyebabkan tindakan KWSP itu dikritik dan ditolak beberapa
pemimpin antaranya Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim. – FMT
Please subscribe
Rupanya boss KWSP ni lantikan PH. Patutlah!! |
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lanjut moratorium, KWSP RM10,000 syarat BN sokong Belanjawan 2021
- [Video] Rayer buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib
- Saya bekas Menteri Kewangan pun keliru dengan Belanjawan 2021 – Najib
- MP Pas balun Najib, sokongan bersyarat BN ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang
- Syarat Najib-BN sokong Bajet 2021 boleh dilaksanakan, melainkan jika PN yang mahu menolak
- MP PAS pertahan kenyataan hikayat Puteri Gunung Ledang
- Boss KWSP kena sekolah dengan Najib
- KWSP: Itu duit rakyat, kata Ahmad Maslan
- Najib dedah Dr M songlap saham untuk KWSP 10 bilion
- Australia benar rakyat keluarkan $20,000 wang KWSP mereka
- Najib tidak ambil hati disindir MP Pas cadangan 10k KWSP, lanjutan moratorium seperti hikayat Puteri Gunung Ledang
- Benarkan pengeluaran one off KWSP lebih RM10,000 – Zahid
- KWSP: Boleh keluar RM9,000 hingga RM60,000
- Tergelepuk di pagar KWSP
- KWSP wajar longgarkan syarat – Asyraf Wajdi
- KWSP akan jual aset untuk biayai pengeluaran oleh pencarum
- Yang KWSP nak jual aset tu dah kenapa? – Najib
Join our Telegram Channel