Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau nama popularnya, Cik B berjaya membuat
orang ramai tergamam dengan outfit of the day (OOTD) yang bernilai
lebih RM100,000 – daripada topi yang berharga RM100.00 lebih kepada jam tangan
yang menyamai harga sebuah kereta.
Pada 2 November lalu, Cik B telah berkongsi gambarnya bergaya dengan baju
kemeja warna biru di laman Twitter dan Instagram miliknya.
Sejak itu, netizen tampil berteka teki dengan harga dan nilai setiap barangan
yang diperagakan oleh Cik B.
Tidak mahu netizen terus tertanya-tanya, Cik B tampil menjelaskan nilai setiap
barangan yang dipakai olehnya di laman Twitter – Topi TNTCO bernilai RM160.00,
cincin berjenama Gucci bernilai RM5,500, jam tangan Omega bernilai RM85,000,
beg tangan berjenama Louis Vuitton berharga RM13,000, kasut Nike Air bernilai
RM1,300 dan cincin emas bernilai RM13,500. Jika dicampur, ia mencecah sehingga
RM118,460.
Kebanyakan netizen tergamam dengan pendedahan Cik B, ada sebahagian daripada
mereka yang menyatakan bahawa harga cincin Cik B menyamai harga motosikal
mereka.
Join our Telegram Channel