Muhyiddin berkeras, tunggulah PRU15 berdepan dengan pencarum KWSP – Puad



ADA KUMPULAN BOLEH MEROTAN MUHYIDDIN.

Tinggal 3 hari lagi Bajet akan diundi. PM nampak berkeras. Dia tidak takut dengan sokongan bersyarat parti lawan apatah lagi UMNO.

Dia juga tidak takut pada Najib, Mahathir, Anwar, dan Zahid. Itu semua kacang pada dia. Ku Li sudah putus tidak mahu bahas Bajet. Itu bermakna PN hilang satu undi.


PM tidak takut pada mana mana kumpulan.

Tetapi dia akan bertembung dengan “satu kumpulan” di PRU ke 15 nanti. Iaitu Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Kumpulan ini ada 7.6 juta ahli aktif. Ahli UMNO cuma 3.5 juta sahaja. Tunggulah di PRU nanti, kalau PM kekal tolak keluar one off RM 10K dari Akaun 1 termasuk syarat ketat I-Sinar.


Ini pertembungan “buku dengan ruas”. Jangan perlekehkan kuasa Kumpulan KWSP ini. Kumpulan ini boleh merotan.

– Dr Puad Zarkashi


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram