
Kuala Lumpur: Neelofa seorang yang tegas ketika bercinta, idamkan lelaki yang
boleh membawanya ke syurga selain berjanggut dan boleh memberi tazkirah setiap
malam Jumaat.
Perkara ini didedahkan kakaknya, Noornabila bersama rakan mereka, Rosix dalam
video Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix &
Bella yang dimuat naik, hari ini.
Noornabila memberikan jawapan itu menerusi soalan 'Cuba korang
describe each other?'
"Lofa sangat komited, bekerja keras dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang
dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang
'award' itu. Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya," katanya yang
turut mengatakan Neelofa seorang yang berpendirian jika bercinta.
Menerusi video sama juga, Rosix berkata, pengacara Next To Neelofa itu seorang
yang menepati waktu dan berpegang kepada kata-kata.
"Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu. Dia bangun
awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah.
Pendek kata 'strict' (tegas). Dia boleh nampak apa nak buat pada masa
depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,"
katanya.
Terdahulu, kisah Neelofa kembali mencuri perhatian apabila sudah dirisik oleh
pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz, Ahad lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Saya sudah lama tak cukur, cabut kening – Neelofa
- Neelofa sah dirisik PU Riz, tular gambar keluarga bergambar tanpa penjarakan sosial
- Neelofa suka lelaki berjanggut
- KECOH: Neelofa, PU Riz putus tunang?
- KECOH: Neelofa kena minyak pengasih PU Riz, nikah senyap-senyap, transfer RM100, habis berjuta?
- Neelofa buka mulut isu nikah di Kelantan, minyak pengasih, transfer RM100k ke PU Riz
- Neelofa tak lagi pakai cincin tunang
- Neelofa cari penyebar WhatsApp dakwa nikah, kena ubat pengasih, transfer RM100k
Join our Telegram Channel