
Kuala Lumpur: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam
ditahan polis malam tadi.
Difahamkan, beliau ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook
di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini,
kira-kira jam 11 malam.
Beliau menerusi siaran langsung bertajuk 'Setiap MP bakal disogok RM3 juta
peruntukan jika Bajet 2021 diluluskan? Biar Betul? itu turut memaklumkan
didatangi pegawai polis sebelum menamatkannya.
Mengesahkan lagi penahanan itu, beliau turut membuat hantaran di Facebook
meminta bantuan peguam.
"Mohon hantar peguam ke JSJT (Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman.
"Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
Sejak beberapa hari lalu, beliau sering bersiaran langsung di Facebook
berkenaan isu semasa termasuk berkaitan permohonan pengisytiharan darurat oleh
Perdana Menteri.
Please subscribe

Join our Telegram Channel