Polis temui mayat tanpa pakaian, organ dalaman di Bukit Dugang



SEPANG: Polis menemui satu mayat tidak berpakaian di Kampung Orang Asli, Bukit Dugang, Dengkil pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya menerima maklumat dari orang awam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pada 10 November 3.20 petang, polis menerima maklumat menjumpai satu mayat dalam kolam dalam keadan terapung di kawasan Kampung Orang Asli, Bukit Dugang, Dengkil.


“Mayat ini kami (polis) tidak menjumpai identiti atau kad pengenalan, tidak memakai baju atau seluar, dan dalam keadaan terapung,” katanya dalam sidang media di Sepang pada Khamis.

Pemeriksaan ke atas mayat berkenaan mendapati, organ dalaman telah hilang dipercayai dimakan binatang buas.

“Mangsa dianggarkan berketinggian 5.10 kaki, berat lebih kurang 130kg.

“Pihak hospital mendapati hanya terdapat tiga jari yang mempunyai kulit untuk dikesan cap jari,” katanya.


Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lima hari lalu sebelum penemuan mayat mangsa.

Sehingga kini, punca kematian masih belum dapat disahkan dan siasatan masih dijalankan.

Kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut. – Astro Awani



Join our Telegram Channel
Telegram