Kepada pemerintah:
Jelas kelihatan bahawa kebanyakan Rakyat masih kurang puas hati dengan skim
pengeluaran bersyarat akaun 1 KWSP i-Sinar yang diumumkan semalam.
Rakyat yang tertekan akibat Covid mahu pengeluaran lump-sum secara
terhad dari akaun 1 KWSP mereka tanpa apa-apa syarat dan tanpa mengambil kira
mereka kehilangan kerja, pendapatan telah berkurang walaupun tidak kehilangan
kerja ataupun suri rumah yang sudah berhenti bekerja tetapi mahu mengeluarkan
duit untuk membantu rumah tangga menghadapi krisis Covid.
Pencarum KWSP mahu tentukan sendiri jika mereka perlu mengeluarkan duit dari
akaun 1 KWSP atau tidak tanpa apa-apa syarat sebab mereka berpendapat bahawa
ianya duit mereka dan biarkan mereka tentukan sendiri.
Selain menyelesaikan pelbagai kekangan kewangan sementara yang menghantui
mereka setiap hari pada masa krisis ini, mereka juga percaya duit yang mereka
keluarkan mampu merancakkan ekonomi tempatan apabila dibelanjakan atau
dibayar.
Ramai yang sudah marah sebab pelbagai alasan serta syarat tetap dikenakan oleh
KWSP.
Betul atau tidak?
Mohon KWSP dan kerajaan pertimbangkan kehendak dan keperluan Rakyat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lanjut moratorium, KWSP RM10,000 syarat BN sokong Belanjawan 2021
- [Video] Rayer buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib
- Saya bekas Menteri Kewangan pun keliru dengan Belanjawan 2021 – Najib
- MP Pas balun Najib, sokongan bersyarat BN ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang
- Syarat Najib-BN sokong Bajet 2021 boleh dilaksanakan, melainkan jika PN yang mahu menolak
- MP PAS pertahan kenyataan hikayat Puteri Gunung Ledang
- Boss KWSP kena sekolah dengan Najib
- KWSP: Itu duit rakyat, kata Ahmad Maslan
- Najib dedah Dr M songlap saham untuk KWSP 10 bilion
- Australia benar rakyat keluarkan $20,000 wang KWSP mereka
- Najib tidak ambil hati disindir MP Pas cadangan 10k KWSP, lanjutan moratorium seperti hikayat Puteri Gunung Ledang
- Benarkan pengeluaran one off KWSP lebih RM10,000 – Zahid
- KWSP: Boleh keluar RM9,000 hingga RM60,000
Join our Telegram Channel