Kenyataan Media
Saya telah mengutus surat kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
bagi menzahirkan beberapa perkara berikut:
1. Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Yang
Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang
yang bermesyuarat pada 3hb November 2020 telah bersetuju sebulat suara akan
terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan
dibentangkan pada 6hb November 2020, begitu juga dengan semua Rang
Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan;
2. Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional juga bersetuju supaya Yang Amat
Berhormat Tan Sri mempertimbangkan;
i) Melanjutkan TEMPOH MORATORIUM untuk tempoh 6 bulan atau sebahagian
daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40; dan
Ahmad Zahid Hamidi
4 November 2020
Join our Telegram Channel