10 ahli politik Malaysia miliki follower paling ramai di Instagram



Siapa kata media sosial tidak memberikan impak yang cukup kuat untuk menarik pengaruh dan kepercayaan orang ramai terhadap sesuatu jenama atau orang perseorangan?

Jika ada yang berkata demikian, maka tidak prinsipnya tidak ubah seperti ego jenama Kodak dan juga Nokia yang gagal menempatkan diri dalam pasaran semasa yang sentiasa berubah.

Dalam dunia politik pula, perkara ini seharusnya bergerak seiring dan kebanyakan pemimpin lama yang tidak memandang kepentingan media sosial akan kurang mendapat perhatian.

Berdasarkan hasil dapatan Suara Merdeka, berikut adalah senarai 10 ahli politik Malaysia yang popular dan memiliki pengikut tertinggi di laman Instagram :

1. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman



Tidak menjadi satu kejutan apabila Syed Saddiq berada di tempat pertama sebagai ahli politik yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram. Selain daripada mempunyai kredibiliti yang hebat di usianya yang masih muda, ketampanan wajah beliau juga sering menjadi buah mulut orang ramai. Jadi, tidak anehlah kalau dia ramai pengikut bukan?

2. Tun Dr Mahathir Mohamad



Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh Malaysia ini tidak kurang hebatnya. Dengan pengikut seramai 1.6 juta, “Bapa Pemodenan Malaysia” ini bukanlah sosok individu yang biasa-biasa sahaja.

3. Khairy Jamaluddin



Siapa yang tidak kenal dengan ‘abah’ KJ ini? Beliau bukan sahaja aktif di media sosial, bahkan beliau sering berinteraksi dengan pengikut-pengikutnya di platform media sosial. Macam manalah rakyat tak suka kan?

4. Dato’ Seri Najib Razak



Bekas Perdana Menteri Keenam ini dikaitkan dengan pelbagai isu-isu panas sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau sering menjadi antara topik-topik perbincangan netizen di media sosial jadi logiklah dengan pengikut Instagramnya seramai 938 ribu.

5. Nurul Izzah Anwar



Individu wanita ini bukanlah hanya seorang anak kepada ahli politik besar, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tetapi beliau sendiri juga adalah ahli politik wanita berkaliber yang giat memperjuangkan hak-hak wanita.

6. Dato’ Seri Dr Wan Azizah



Beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia di samping turut menyandang jawatan sebagai bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat. Pernah menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hingga tahun 2020 menunjukkan anaknya Nurul Izzah saling tidak tumpah seperti beliau yang juga memperjuangkan hak-hak wanita.

7. Dato’ Seri Anwar Ibrahim



Merupakan bekas ‘anak didik’ Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya menentang Tun Dr. Mahathir habis-habisan. Siapa yang tidak kenal dengan sosok individu ini? Beliau merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time pada tahun 2008.

8. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali



Beliau merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor dari parti bebas. Dalam Kabinet 2020, beliau kini menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Menteri Kanan)

9. Dato’ Seri Hishammuddin Hussein



Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein merupakan seorang ahli politik dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Luar Negeri. Pernah menyandang pelbagai jawatan seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pendidikan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan juga Menteri Tugas-Tugas Khas.

10. Tan Sri Muhyiddin Yassin



Perdana Menteri Malaysia yang Ke-lapan ini juga dihimpit pelbagai kontroversi setelah pelantikkannya sebagai Perdana Menteri baru-baru ini. Beliau juga pernah mencetuskan kontroversi selepas menggambarkan dirinya sebagai “Malay first” ketika dicabar oleh pembangkang untuk menyebut dirinya sebagai “Malaysian first.” – SM

 

Join our Telegram Channel
Telegram