Bekas ketua Pemuda Amanah yang menyertai Bersatu, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
mengadap Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, Ipoh menjelang tengah hari ini.
Perkembangan itu berlaku ketika pihak istana menitahkan Adun Perak mengadap
untuk menyatakan pendirian mereka berhubung calon menteri besar dari Umno.
Menurut Adun Titi Serong itu, dia mengadap berseorangan saja namun tidak
memberikan butiran lanjut mengenainya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Hasnul Zulkarnain berkata dia tidak pasti sama
ada Sultan Nazrin menitahkan Adun Perak datang seorang demi seorang atau
sebaliknya.
Beberapa minit sebelum jam 3 petang dua kenderaan dengan masing-masing membawa
Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Nga Kor Ming
(DAP) memasuki pekarangan istana.
Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi pula menyusul beberapa minit kemudian.
Portal Sinar Online melaporkan Hasnul Zulkarnain mengadap sultan berseorangan
pada jam 11.50 pagi tadi.
Terdahulu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadap sultan pada jam 10 pagi
untuk mempersembahkan nama calon menteri besar selepas penyandangnya Ahmad
Faizal Azumu tersingkir melalui undi percaya di DUN Perak pada 4 Dis lalu.
Malam tadi Umno menyatakan mereka sebulat suara menamakan Adun Kota Tampan
Saarani Mohammad sebagai calon menteri besar. Bagaimanapun Ahmad Zahid yang
ditemui media selepas mengadap Sultan Nazrin berkata nama yang dikemukakan
secara rasmi hanya akan diumumkan oleh pihak istana selepas ini.
Pelantikan menteri besar Perak perlu mendapat sokongan daripada parti selain
Umno kerana kedudukan semasa kerusi dalam DUN menyaksikan tiada mana-mana
pihak memperoleh sokongan majoriti.
Hasnul Zulkarnain meninggalkan Amanah untuk menjadi Adun bebas sebelum
menyertai Bersatu. Namun dia didakwa mengundi untuk menolak Ahmad Faizal -
yang juga timbalan presiden Bersatu - dalam undian di DUN pada Jumaat lalu.
Dia juga dikaitkan dengan perakuan bersumpan (SD) yang memberikan sokongan
kepada Saarani agar dilantik menjadi menteri besar.
Sumber dalaman parti memberitahu Bersatu sedang mempertimbangkan kemungkinan
mengambil tindakan terhadap Hasnul Zulkarnain atas dakwaan tersebut.
Menurut Sinar Online kenderaan bekas exco Perak itu dilihat berada berhampiran
Istana Kinta kira-kira jam 11.55 pagi dan sempat melambai tangan kepada
wartawan yang ada di situ.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
Join our Telegram Channel