![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxk7thTADwf7geTh0Mh8xWPUG_gGgtdgLNXlR7L7k3UrRRveqLnvAPbKRCd9cU7G-ZFORoDYQigDud6jQwp86TqUaK21Wqntiw_69LiRv4-Oz6DtSr0UXiOtcgRtjiX8tZlUoeDDgXZHHd/w640-h334/kor-ming-umno.webp)
DAP Perak sedia bekerjasama dengan Umno 'demi kepentingan rakyat' dan bagi
membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata demikian kepada Malaysiakini ketika
ditanya mengenai kenyataan terdahulu daripada Presiden Umno Ahmad Zahid
Hamidi.
Zahid sebelum ini berkata dia telah berbincang dengan semua parti dalam usaha
membentuk kerajaan baru di Perak, sama ada dalam Perikatan Nasional (PN)
mahupun PH, Nga memberikan pandangan senada.
“Demi kepentingan rakyat, DAP Perak sedia bekerjasama dengan mana-mana parti
yang boleh membantu membentuk kerajaan yang berbilang kaum, kuat, dan stabil.
“Saya terbuka dengan sebarang perbincangan yang membina. Kami bersedia,” kata
Nga yang juga Adun Aulong dan ahli parlimen Teluk Intan.
Umno memiliki 25 kerusi dalam kerajaan negeri Perak yang mempunyai jumlah
keseluruhan 59 kerusi, manakala DAP pula memiliki 16 kerusi.
Kenyataan daripada dua pemimpin parti berkenaan membuka kemungkinan ke arah
penubuhan satu kerajaan negeri yang boleh dikatakan tidak dijangkakan dalam
sejarah politik negara.
Parti-parti lain dalam kerajaan negeri termasuklah Bersatu (5 kerusi), Amanah
(5 kerusi), PKR (3 kerusi), PAS (3 kerusi), Gerakan (1 kerusi) dan satu Adun
bebas.
Sementara itu, Pengerusi PKR Perak Farshah Wafa Salvador Rizal Mubarak turut
mengesahkan dia telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno bagi membincangkan
soal pembentukan kerajaan negeri yang baru.
“Kami bersedia bekerja dengan Umno demi kepentingan rakyat. Sekarang terpulang
kepada mereka (the ball is in their court),” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, PKR terbuka untuk berganding bahu bersama Umno, dengan syarat, ia
turut melibatkan rakan-rakannya dalam blok PH iaitu DAP dan Amanah.
“Kami masih dalam perbincangan,” katanya.
Hari ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima peletakan
jawatan bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu dan barisan exconya susulan
kehilangan sokongan majoriti dalam usul undi percaya yang dimulakan Umno, pada
sidang DUN 4 Dis lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
Join our Telegram Channel