PETALING JAYA: Seorang pemimpin UMNO mempersoalkan Zeti Aziz dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdiam diri, ketika bekas gabenor Bank
Negara itu terpalit tuduhan ahli keluarganya menerima wang 1MDB.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, SPRM harus
mengeluarkan kenyataan akan menyiasat segera tuduhan membabitkan suami serta
dua anak lelaki Zeti.
“Tidak berbunyi langsung Zeti bila terdedah dokumen bahawa keluarga dia terima
RM100 juta dari 1MDB dan Low Taek Jho. SPRM patut keluar kenyataan siasat
segera. Sudah tentu kerajaan Perikatan Nasional dituduh pilih kasih (double
standard),” kata Puad dalam kenyataan.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masih
mengekalkan Zeti sebagai pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB),
memandangkan wanita itu dilantik bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
“Tetapi Muhyiddin masih kekalkan dia di PNB. Minggu lepas PNB umum dividen
terendah, patut Zeti berhenti segera,” katanya.
Terdahulu, FMT melaporkan akuan berkanun (SD) yang ditandatangani suami Zeti
dan dua anaknya, mengesahkan mereka mengetahui wang 1MDB dimasukkan ke dalam
akaun bank mereka di Singapura.
Wang itu dimasukkan ke akaun Cutting Edge Industries dan mereka bertiga
mengakui ialah pemilik akaun itu, menurut SD berkenaan.
SD itu, yang dilihat FMT, adalah dokumen tulen, menurut peguam yang
menandatangani dokumen itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERDEDAH: Zeti kantoi terima lebih RM100 juta dari Jho Low, 1MDB
- Najib: Patutlah BNM, Ambank tak pernah warning saya ada transaksi meragukan, RM100 juta masuk kat dia
- Pemuda UMNO lapor polis dakwaan keluarga Zeti terima dana 1MDB, Jho Low
- Zeti perlu jawab dakwaan terima dana 1MDB, Jho Low, kata Patriot
- Akhirnya ahli keluarga Zeti tampil mengaku terima wang 1MDB
- Najib dedah SD keluarga Zeti akui terima wang 1MDB, persoal kenapa PH, Tommy Thomas, badan siasatan sorok perkara ini
- Kenapa SPRM diam tak siasat Zeti, bukti dah ada – Puad Zarkasi
- Bang Non tumpang sekaki balun Zeti, jelaskan dakwaan terima wang 1MDB, Jho Low
- Zeti nafi terima dana 1MDB but no comment, ganggu perbicaraan Najib
- Boleh percaya ke penafian Zeti, kaki kencing tu? – Najib
Join our Telegram Channel