Bekas menteri WIlayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor didapati bersalah dalam
kes rasuah bernilai RM2 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan sabitan
itu sambil Tengku Adnan melihat dari kandang tertuduh semasa prosiding
mahkamah terbuka pagi ini.
"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan yang
munasabah.
"Tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan.
"Saya mendapati tertuduh bersalah dan mensabitkannya atas tuduhan itu," kata
Zaini membuat keputusan.
Prosiding mahkamah kemudian berehat seketika antara 30 dan 45 minit bagi
membolehkan pihak pembelaan membuat persiapan mitigasi semasa hakim
menjatuhkan hukuman nanti.
Mahkamah menetapkan hari ini untuk keputusan kes pada akhir pembelaan.
Terdahulu, pada 7 Disember, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang lain memberikan
Tengku Adnan pelepasan yang tidak dibebaskan (DNAA) dalam satu lagi kes rasuah
bernilai RM1 juta.
Menurut pertuduhan yang berkaitan dengan keputusan hari ini, Tengku Adnan,
atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang
penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya
wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong
yang juga Pengarah AKSB.
Rasuah itu diterima Tengku Adnan melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik
AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori
Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui
syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Ahli parlimen Putrajaya itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank
Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di Kuala Lumpur pada 14 Jun 2016
mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua
tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Join our Telegram Channel