Lelaki terjun parit tak jadi bakar diri kerana rasa panas



JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang membakar diri dengan menyimbah petrol tidak mampu menahan panas lalu berlari masuk ke dalam parit berhampiran sebuah kuil di Jalan Ngee Heng, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.53 pagi, lelaki berusia 39 tahun yang pada mulanya cuba membunuh diri itu cedera dan melecur pada bahagian tangan dan badan.


Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Rafie Ahmad Sareng berkata, pihaknya menyelamatkan lelaki tersebut dalam keadaan sudah melecur lima peratus.


“Pihak bomba mengangkat mangsa dalam longkang dengan menggunakan stretcher sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

“Kita tidak tahu apa motif lelaki berkenaan mahu membunuh diri. Operasi tamat pada pukul 11.28 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Sinar





Join our Telegram Channel
Telegram