Bulan lepas, kita terima maklumat bahawa keluarga Zeti telah disiasat dan
dikenakan tindakan di bawah akta jenayah Singapura sebab menerima dana dari
1MDB.
Dipercayai bahawa keluarga Zeti telah bertahun-tahun menerima dana dari Jho
Low sejak sebelum 1MDB ditubuhkan. Dana yang berasal dari 1MDB turut diterima
dalam akaun mereka - berjumlah lebih RM120 juta.
Wang bukan diterima atas nama-nama peribadi mereka tetapi dalam akaun bank di
Singapura bawah nama sebuah syarikat luar pesisir yang dimiliki penuh oleh
keluarga mereka.
(Mungkin mereka tak percaya dengan sistem perbankan Malaysia yang dipantau
Zeti kot. Sebab itu mereka guna akaun bank matawang asing di Singapura)
Untuk menyelesaikan kes jenayah mereka, pada tahun lepas (2019) mereka telah
bersetuju menyerah semula segala dana (dipercayai lebih RM100 juta) dalam
akaun-akaun di Singapura mereka kepada 1MDB - kecuali dana melebihi RM12 juta
dalam matawang asing yang mereka dakwa adalah dana mereka sendiri yang tiada
kaitan dengan Jho Low.
Sebab itu, ketiga-tiga ahli keluarga Zeti telah menandatangani akuan bersumpah
(SD) untuk menyelesaikan kes mereka.
Lalu kami juga mendapat pengesahan daripada peguam-peguam mereka bahawa
dokumen-dokumen SD mereka yang kita terima adalah sah.
Saya muatnaik satu daripada 3 SD mereka di sini.
Kami juga telah diberitahu bahawa badan-badan siasatan Malaysia termasuk
Peguam Negara masa PH turut mengetahui perkara ini.
Persoalannya ialah mengapa peguam-peguam saya dan saya tidak pernah diberitahu
perkara ini dan diserahkan dokumen-dokumen ini sebagai bukti kes dalam
perbicaraan-perbicaraan saya memandangkan penglibatan Zeti sebagai Gabenor BNM
masa itu dalam kes saya adalah penting sebab ianya melibatkan dana yang
diterima dalam akaun bank atas nama saya di Malaysia?
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERDEDAH: Zeti kantoi terima lebih RM100 juta dari Jho Low, 1MDB
- Najib: Patutlah BNM, Ambank tak pernah warning saya ada transaksi meragukan, RM100 juta masuk kat dia
- Pemuda UMNO lapor polis dakwaan keluarga Zeti terima dana 1MDB, Jho Low
- Zeti perlu jawab dakwaan terima dana 1MDB, Jho Low, kata Patriot
- Akhirnya ahli keluarga Zeti tampil mengaku terima wang 1MDB
- Najib dedah SD keluarga Zeti akui terima wang 1MDB, persoal kenapa PH, Tommy Thomas, badan siasatan sorok perkara ini
- Kenapa SPRM diam tak siasat Zeti, bukti dah ada – Puad Zarkasi
- Bang Non tumpang sekaki balun Zeti, jelaskan dakwaan terima wang 1MDB, Jho Low
- Zeti nafi terima dana 1MDB but no comment, ganggu perbicaraan Najib
- Boleh percaya ke penafian Zeti, kaki kencing tu? – Najib
Join our Telegram Channel