Negara luar pilih merit, Malaysia pilih orang tua, kroni – Saddiq



KUALA LUMPUR, 14 Dis — Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus memperjuangkan nasib golongan muda dalam usaha menabur bakti kepada negara.

Menyifatkan wujud kekangan dalam mengiktiraf kepimpinan serta bakat anak muda, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata senario berlaku di Malaysia amat berbeza jika dibandingkan dengan negara luar.

Jelasnya, sikap memperkecilkan kebolehan anak muda merugikan masa depan negara yang masih ketandusan pemimpin berkaliber.

“Negara luar mengiktiraf orang muda, Malaysia iktiraf orang tua. Di Malaysia, tugas pemimpin itu banyaknya masih lagi diserahkan kepada yang berusia atau berumur.


“Alasannya adalah lagi berusia, lagi banyak pengalaman. Tetapi, ini bukanlah satu alasan untuk negara kita terus menutup mata dan tidak memberi peluang kepada orang muda untuk memimpin.

“Berikan ruang untuk kami bersuara, memimpin komuniti, menjadi wakil kepada rakyat,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas pelantikan anak warga Malaysia, Jocelyn Yow yang berjaya dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale di California.

Jocelyn yang baru berusia 25 tahun mencatat sejarah apabila menjadi wanita bukan kulit putih paling muda dilantik sebagai datuk bandar di California.

Sementara itu, Syed Saddiq turut menyelar pihak tertentu yang mengutamakan kroni tanpa mengambil kira sistem merit.


Gejala itu bukan sahaja menjejaskan negara malah, menutup ruang bagi individu berkebolehan untuk diangkat sebagai pemimpin.

“Negara luar lihat merit, Malaysia lihat kroni. Di luar sana, ruang dan peluang tersedia kepada mereka yang berusaha keras dan ikhlas menjalankan tanggungjawab kepada komuniti.

“Jika anda rajin, pasti ada ruang untuk diisi. Tetapi di Malaysia, lain ceritanya. Jika anda tidak ada hubungan politik, hubungan dengan kroni atau sendiri menjadi ahli politik, ruang untuk anda memimpin itu sangat sukar.

“Saya tidak perlu ulas tentang perlantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk kita semua tahu bahawa jika orang muda tidak ada kroni, cerita kejayaan Yow pasti sukar ditemui di Malaysia,” katanya. – Projekmm


Ko baru tahu ke? Habis tu kenapa dulu kamu taksub dengan Atok raja segala kroni itu? Ko tahu tak berapa kali dia...

Posted by Najib Razak on Monday, December 14, 2020


Join our Telegram Channel
Telegram