PETALING JAYA : DAP mengesahkan parti itu mengadakan rundingan dengan Umno
untuk menubuhkan kerajaan negeri perpaduan di Perak, namun usaha itu gagal
kerana, antara lain, Umno enggan memperuntukkan jawatan EXCO kerajaan negeri
kepadanya.
“Dalam perundingan itu, Umno membuat pelbagai tawaran termasuk menawarkan
jawatan EXCO kepada PKR dan Amanah, tetapi bukan kepada DAP,” kata Pengerusi
DAP Perak Nga Kor Ming.
“Jikalau tawaran sebegini diterima, Pakatan Harapan (PH) Perak akan berpecah
kerana perpaduannya akan dilemahkan,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata PH Perak enggan tunduk kepada syarat Umno dan memberi kata dua
kepada parti itu untuk tidak meminggirkan mana-mana ahli komponen PH, jika
mahu mencapai persetujuan menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak.
Nga berkata Umno juga menolak tuntutan DAP supaya memeterai perjanjian bahawa
Umno komited memastikan kerajaan baharu yang bakal ditubuh berasaskan
integriti, tata urus baik dan tidak berkompromi dalam menegakkan keadilan.
Beliau berkata sehingga 8 Dis, rundingan telah berterusan antara PH dan UMNO
namun tidak berhasil “kerana Umno tidak dapat menerima syarat dan terma yang
ditetapkan PH.”
Nga berkata akhirnya, Umno kembali kepada PN dan memulakan rundingan dengan
PAS dan PPBM yang menghasilkan kerajaan PN di bawah pimpinan Umno di negeri
itu.
Pendedahan terbuka Nga itu mengesahkan laporan esklusif FMT minggu lalu yang
memetik sumber Barisan Nasional sebagai mengesahkan berlakunya rundingan
antara Umno dan PH, termasuk DAP untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Rundingan itu diadakan ekoran peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu sebagai
menteri besar setelah 24 daripada 25 ADUN Perak dan 24 ADUN PH menolaknya
dalam satu undian di Dewan Undangan Negeri.
Tindakan Umno menolak Faizal yang juga timbalan presiden PPBM menimbulkan
kemarahan parti itu manakala sekutunya PAS mengumumkan ia tidak akan menyertai
pembentukan kerajaan baharu Perak.
Perkembangan itu mendorong Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan
bahawa pihaknya sedia menimbang kerjasama dengan mana-mana pihak, walaupun di
luar kerangka Perikatan Nasional.
Dalam kenyataan hari ini, Nga berkata DAP menyatakan kesudian bekejasama
dengan Umno hanya selepas Zahid membuat kenyataan itu.
Beliau berkata partinya juga mengambil kira titah Sultan Nazrin Shah mahukan
kerajaan negeri yang stabil dan mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga
pilihan raya umum akan datang.
“Baginda juga mahukan penyelesaian segera kepada kemelut politik demi
kepentingan negeri,” tambah Nga.
Nga berkata dalam episod kemelut Perak itu, Umno dan PPBM membuktikan kepada
negara bahawa “mereka adalah pemimpin lemah dan tanpa prinsip.”
Beliau berkata defisit kepercayaan antara dua parti itu amat serius dan tidak
boleh diperbaiki.
Menurut beliau, kredibiliti PAS juga terjejas kerana membuat pusingan U,
setelah mengumumkan sebelum ini, ia tidak mahu terlibat dalam pembentukan
kerajaan baharu Perak.
Nga berkata dalam usaha memeterai kerjasama dengan Umno, DAP berjaya
membuktikan ia bukan parti “anti Melayu or anti Islam” tetapi hanya menentang
rasuah.
“Oleh kerana Umno memilih untuk terus bersama kleptrokrat, PH akan terus mara
tanpa mengikat sebarang kerjasama dengan mereka,” tambahnya. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- Saarani tiba di Istana Iskandariah
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
- Bersatu pertimbang ambil tindakan terhadap Hasnul sokong Saarani MB
- Sultan rilek je, tak kata derhaka pun, kata supol Pas Perak
- PAS, PPBM setuju Saarani MB Perak selepas Zahid mohon maaf
- ADUN PAS, PPBM serah SD kepada Sultan sokong Saarani MB Perak
- Sultan Perak setuju pilihan UMNO, Saarani dilantik MB
- Insiden di Perak meningkatkan hubungan UMNO, PPBM, PAS, kata Ahmad Maslan
- Saarani angkat sumpah 11 pagi hari ini
- Saarani angkat sumpah sebagai MB Perak
- Jangan lupa kami untuk jawatan EXCO, PAS Perak peringat MB baharu
- Sultan tolak lantikan exco Pas punca Hadi minta mengadap?
- PAS Perak mohon ampun kepada Sultan Perak
Join our Telegram Channel