KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz mahu kerjasama
antara Pas dan UMNO berterusan sampai 'kiamat'.
Beliau berkata, kerjasama yang terdapat ketika ini tidak seharusnya terbatas
untuk berdepan pilihan raya umum (PRU) ke-15.
“Sebab itu saya kata biarlah sampai kiamat,” katanya dalam wawancara bersama
The Malaysian Insight dan dipetik daripada portal Malaysiakini.
Dalam pada itu, Nik Abduh mengakui bahawa kerjasama itu pada mulanya tidak
begitu mendapat sambutan daripada akar umbi Pas kerana mereka merasakan tidak
memerlukan UMNO.
“Semakin positif, bahkan hubungan baik itu melebih-lebih pula dari pemimpin.
Mereka gembira sebab kampung semakin besar.
“Dulu kalau kata ada 100 buah rumah tapi diasingkan, 50 rumah parti itu 50
rumah pengikut PAS, tapi sekarang tak berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Nik Abduh berkata, kemungkinan untuk Pas membentuk kerajaan
campuran dengan UMNO masih belum dibincangkan.
Join our Telegram Channel